Pages

Saturday, 22 September 2012

Entry yang terlewat

Saya akui saya tak pandai sangat berblog. Tak biasa sebenarnya nak berkongsi semua cerita hidup kita kat orang yang kita tak kenal. Tapi saya pembaca blog yang baik.hehe..Memang hobi suka baca blog orang. Tapi yalah...bila jadi penulis ni salah satu medium untuk orang kenal dengan kita adalah melalui teknologi. Walaupun kerja mempromosi novel adalah kerja penerbit, tetapi kita sebagai penulis cuba membantu mana yang perlu. Dalam dunia hari ni buat apa saja, nama sangat penting. Jadi ustaz pun kena ada 'nama'. Kalau tak ada nama memang susah nak jual produk. Pendek kata sebelum jual produk, kena 'jual' diri sendiri dulu.

Cerita yang saya nak kongsi cerita yang dah berlaku 3 minggu lepas sebenarnya. Dah lama nak tulis tapi kekangan masa yang membuatkan saya asyik tangguh saja. 8 Sept 2012 kami semua penulis Alaf 21 ada perjumpaan di antara penulis dan tenaga kerja alaf. Ramai penulis yang hadir. Dapatlah jumpa penulis-penulis otai macam Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Haiza Najwa dan ramai lagilah. Walaupun tak lah berborak sakan tetapi untuk penulis ikan bilis macam saya, dapat tengok muka dengan penulis-penulis otai ni pun dah cukup puas hati. Kami ada sesi penerangan dan soal jawab secara 'empat mata' dengan orang kuat alaf. Ada bahagian marketing, editor dan beramah mesra dengan mantan orang kuat alaf en Nordin. Dia orang pun ada ajar buat teaser tau. Seronok, tapi sebab tak bawa komputer belajar teori sajalah, praktikal tak boleh buat. Jom kita layan gambar dulu...


Sempat juga posing sebelum staf alaf kemas dewan.hihi


Ini penulis Ryana Adrina. Dia ni kerja kat MPH. Mesti seronok dapat tengok buku sendiri kat rak hari-hari kan? hehe..gurau-gurau manja ya, jangan marah...


Yang ni siapa tak kenal kan? Damya Hanna. Penulis yang ada pengikut dan kelas tersendiri. Ish, bila nak jadi dia ni..adoi!

Novellis Puteri Andalas. Kakak yang sangat ramah dan ceria! Siap ajak datang rumah lagi..hehe

Ni Penulis Izza Aripin. macam pernah dengar kan nama dia? Cuba teka dia menulis bawah penerbit mana sebelum ni? Ce teka..ce teka..hehe

Kak Sri Diah yang cun melecun dengan baju raya kuning.hehe.Bos besarla kat alaf ni.

Haa...inilah orang yang bertanggungjawab menyebabkan novel saya berjaya dibukukan.chewah! En. Fuad editor Cukup Sekadar Dirimu yang sopan sungguh dengan baju melayunya.hehe


Itu sajalah yang saya larat nak upload. hehe..Saya memang malas nak tunggu gambar-gambar ni upload. Tahap sabar yang sangat tidak bagus!
Ok, sekarang kita ulas sikit hasil dapatan yang diperolehi sepanjang sesi 1 hari ni.
Bak kata En Nordin (lupa nak ambil gambar), mantan orang kuat Alaf yang sekarang ni dah ke Sinar Harian, dunia buku Malaysia 10 tahun ke belakang. Sepatutnya tidak terjadi tetapi sebab penerbit terlalu tunduk pada pengedar menyebabkan pengedar besar kepala! Sebagai contoh, buku yang dijual kepada pengedar sepatutnya dijual terus! Tapi yang terjadi hari ni, pengedar boleh memulangkan semula kepada penerbit jika buku kita tidak dijual. Satu keadaan yang merugikan penerbit dan penulis. Jadi, kalau ada kedai buku yang mahukan buku kita 1000 salinan, jangan harap kita boleh dapat royalti untuk 1000 salinan, sebab mungkin dalam masa enam bulan buku kita akan kembali semula separuh daripadanya! Keadaan ini tak sepatutnya berlaku jika semua penerbit bersatu untuk mengenakan syarat ini kepada pengedar.Dan ada beberapa perkara lagilah yang menyebabkan industri buku kita ni ketinggalan 10 tahun ke belakang. Tak bolehlah nak cerita semua ya..hehe

Dalam dunia penulisan pun ada politik. Contohnya kalau ada pertandingan buku yang terlaris di pasaran, buku-buku yang disenaraikan tidak semestinya laris pun! Percaya tak? Sebab ada sesetengah pertandingan tu dianjurkan oleh pengedar yang juga penerbit buku. Jadi, kadang-kadang buku yang masuk carta tak logik pun larisnya! Jadi, bila kita menulis, kita mesti lupakan perkara-perkara macam ni. Nak jadi glamour atau kejar nama secara melampau sangat, sebab yang penting kepuasan kita dalam menulis dan impak tulisan kita kepada pembaca. Tok sohlah dok pikir-pikir carta-carta ni. tapi kalau masuk carta jugak kira bonusla ya dok?hehehe..
Tu sajalah cerita pasal 8 Sept. Ada banyak lagi yang kami bincangkan. Tapi simpan untuk diri sendiri sajalah!huhu

Cop! Ada sekeping lagi gambar. Yang ni memang special. Sebab......


Dapat masuk suratkhabar. Walaupun ciput saja muka saya, tapi kira masuk jugalah kan? Haha..gila glamour rupanya aku...


p/s:perasan tak dalam gambar-gambar tu, semua orang pakai baju raya. Saya saja yang salah tema. Sebab tak tahu..hehehe..



1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete