Pages

Saturday 22 February 2014

ASAM PEDAS DAN NOVEL-NOVELKU

Gambar ambil dari blog yang tertera ya!

Dah berkurun tak update blog, tiba-tiba keluar gambar yang mampu membuat air liur meleleh. Apa kes? Baru makan asam pedas ke? Bukan! Baru masak asam pedas? Lagilah bukan. Dapur dah lama tak berasap ya, harap maklum. Rosak aje memanjang dapur tu. Saya suruh en suami belikan saya dapur ajaib yang ada butang tekan nak masak apa saja, lepas tu terus siap! Contohnya, butang A, untuk nasi ayam. B untuk Asam pedas. C untuk ayam kari. Boleh? Hahaha! Pemalas Tahap gaban dan ultraman taro!

Ok, balik cerita asam pedas tadi. Ada satu persamaan di antara dua novel saya, iaitu ASAM PEDAS! Agak-agak kenapa? Yup, sebab AIREEN ERINA sangat suka makan lauk asam pedas. Sudah pasti saya bukan orang Melaka. Cuma kahwin dengan orang Johor. Dan pernah belajar kat Johor 3 tahun. Percaya atau tidak selama 3 tahun itu, lauk yang saya makan untuk tengahari hanyalah ASAM PEDAS! Ya, begitulah taksubnya saya pada asam pedas.

Sebab tu dalam dua novel saya, lauk asam pedas tidak ketinggalan. Walaupun heroin CUKUP SEKADAR DIRIMU itu asal terengganu, tetapi dia tetap pandai masak ASAM PEDAS..hehehe..



Bila masuk novel kedua pun, saya masih kekalkan lauk kegemaran, iaitu ASAM PEDAS. Tapi kali ni macam logik sikitlah, sebab Farhana heroin ABAH, ADIK NAK KAHWIN! orang Melaka. Tapi yang kelakarnya, dia tak tahu masak pun asam pedas tu. Habis apa yang dia buat? Kalau nak tahu, boleh baca novel kedua saya ni....


 Sekian untuk kali ini. (Rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mengatasi kemalasan tahap dewa tertinggi untuk update blog).

Jumpa lagi, bye sayang-sayang semua!