Pages

Tuesday, 6 November 2012

Kursus Penulisan Di Aswara

Rasanya bukan lagi berhabuk, mungkin bersawang setebal salji musim beku agaknya blog ni..saya masih sedang biasakan diri untuk menulis sesuatu di sini. Tapi biasalah..angan-angan mesti ada kan?hehe

Tajuk kat atas pun sebenarnya dah lama. Sama juga macam entry sebelum ni..hehe..Tapi bezanya walaupun dah lama masuk kursus menulis, tapi belum habis lagi. Jom kita cerita pasal kursus ni.

Rasanya mungkin ada yang tak tahu ASWARA. Singkatan untuk Akademi Seni Budaya & Warisan kebangsaaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan kebudayaan Kebangsaan. Yang menterinya Datuk Rais Yatim tu.





Banyak juga kursus yang ditawarkan. Ada Diploma dan Ijazah pertama. Ada pengajian Teater, Seni Halus, Muzik dan yang yang pasti penulisan lah.

Tapi jangan salah sangka, saya bukan ambil diploma, jauh sekali kursus ijazah. Kursus yang saya ambil cuma kursus pendek yang berlangsung selama 14 minggu. Sebab tu saya cakap tadi, dah lama masuk kursus tapi tak habis-habis juga..hehe..

ASWARA ada sediakan kursus pendek kalau tak silap dua kali setahun. Awal tahun dan pertengahan tahun Kalau berminat boleh add di facebook. Boleh tahu bila pendaftaran kursus pendek akan diadakan. Yuran antara RM500-Rm600 mengikut kursus. Tempoh kursus pulak antara 10-14 minggu. Kelas setiap Sabtu pukul 10 hingga 1 tengahari. Tapi lain kursus lain masa. Kebanyakkannya waktu lebih kurang macam tulah.

Asalnya saya mendaftar untuk Kursus Penulisan Novel Remaja. Maklumlah nak jadi ala-ala Ain Maisarah gitu..tapi apakan daya niat tidak direstui..hehe..Kursus tu tak dapat diadakan sebab tak cukup orang. Lebih kurang dalam 3 orang saja rasanya. jadi pihak ASWARA offer untuk tukar ke kursus lain. Kalau tak nak, boleh refund balik RM600 tu. Fikir punya fikir, dan dengan izin en suami yang disayangi, akhirnya saya pun menyertai Kursus Penulisan Penulisan Skrip Drama TV. Mantap kan?haha..sendiri pun rasa nak gelak bila dengar. Tapi tak apalah, ilmu bukan senang nak dapat kan?

Dan 15 sept yang lepas bermulalah hidup berhujung minggu saya di KL. Jumaat petang bertolak dari Sabak Bernam dan Ahad tengahari balik semula. Nasib baik ada mak yang tinggal kat bandar besar tu, kalau tidak fikir banyak kali juga nak masuk kursus tu. Yalah, walaupun senegari, hampir 3 jam juga baru sampai KL tu. Letih sangat...

Apa yang saya belajar sepanjang tempoh ni akan saya kongsikan sedikit demi sedikit. Andai saya tak mampu untuk tulis skrip, boleh bantu mereka yang berminat kat luar sana untuk tulis skrip pun ok juga. semoga suatu hari nanti adalah manusia yang sudi tolong saya kalau saya perlukan pertolongan..Insyaallah...