Gambar ambil dari blog yang tertera ya!
Dah
berkurun tak update blog, tiba-tiba keluar gambar yang mampu membuat
air liur meleleh. Apa kes? Baru makan asam pedas ke? Bukan! Baru masak
asam pedas? Lagilah bukan. Dapur dah lama tak berasap ya, harap maklum.
Rosak aje memanjang dapur tu. Saya suruh en suami belikan saya dapur
ajaib yang ada butang tekan nak masak apa saja, lepas tu terus siap!
Contohnya, butang A, untuk nasi ayam. B untuk Asam pedas. C untuk ayam
kari. Boleh? Hahaha! Pemalas Tahap gaban dan ultraman taro!
Ok,
balik cerita asam pedas tadi. Ada satu persamaan di antara dua novel
saya, iaitu ASAM PEDAS! Agak-agak kenapa? Yup, sebab AIREEN ERINA sangat
suka makan lauk asam pedas. Sudah pasti saya bukan orang Melaka. Cuma
kahwin dengan orang Johor. Dan pernah belajar kat Johor 3 tahun. Percaya
atau tidak selama 3 tahun itu, lauk yang saya makan untuk tengahari
hanyalah ASAM PEDAS! Ya, begitulah taksubnya saya pada asam pedas.
Sebab
tu dalam dua novel saya, lauk asam pedas tidak ketinggalan. Walaupun
heroin CUKUP SEKADAR DIRIMU itu asal terengganu, tetapi dia tetap pandai
masak ASAM PEDAS..hehehe..
Bila
masuk novel kedua pun, saya masih kekalkan lauk kegemaran, iaitu ASAM
PEDAS. Tapi kali ni macam logik sikitlah, sebab Farhana heroin ABAH,
ADIK NAK KAHWIN! orang Melaka. Tapi yang kelakarnya, dia tak tahu masak
pun asam pedas tu. Habis apa yang dia buat? Kalau nak tahu, boleh baca
novel kedua saya ni....
Sekian
untuk kali ini. (Rasa bangga dengan diri sendiri sebab berjaya
mengatasi kemalasan tahap dewa tertinggi untuk update blog).
Jumpa lagi, bye sayang-sayang semua!