RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana,
anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih
lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?
Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi
tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan
sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil.
Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…
Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul.
Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di
Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga
sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut
dengan godaan palsu.
Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila
ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan
mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun
kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia
mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.
No comments:
Post a Comment