Monday, 1 April 2013
Harga
Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-852-2
Halaman: ~592
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 10 Mac 2013
Kategori: Novel
ISBN: 978-983-124-852-2
Halaman: ~592
Berat: 450 gram
Tarikh Terbit: 10 Mac 2013
Kategori: Novel
Sinopsis
RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana,
anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih
lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?
Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…
Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.
Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.

Tuesday, 6 November 2012
Kursus Penulisan Di Aswara
Rasanya bukan lagi berhabuk, mungkin bersawang setebal salji musim beku agaknya blog ni..saya masih sedang biasakan diri untuk menulis sesuatu di sini. Tapi biasalah..angan-angan mesti ada kan?hehe
Tajuk kat atas pun sebenarnya dah lama. Sama juga macam entry sebelum ni..hehe..Tapi bezanya walaupun dah lama masuk kursus menulis, tapi belum habis lagi. Jom kita cerita pasal kursus ni.
Rasanya mungkin ada yang tak tahu ASWARA. Singkatan untuk Akademi Seni Budaya & Warisan kebangsaaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi Dan kebudayaan Kebangsaan. Yang menterinya Datuk Rais Yatim tu.
Banyak juga kursus yang ditawarkan. Ada Diploma dan Ijazah pertama. Ada pengajian Teater, Seni Halus, Muzik dan yang yang pasti penulisan lah.
Tapi jangan salah sangka, saya bukan ambil diploma, jauh sekali kursus ijazah. Kursus yang saya ambil cuma kursus pendek yang berlangsung selama 14 minggu. Sebab tu saya cakap tadi, dah lama masuk kursus tapi tak habis-habis juga..hehe..
ASWARA ada sediakan kursus pendek kalau tak silap dua kali setahun. Awal tahun dan pertengahan tahun Kalau berminat boleh add di facebook. Boleh tahu bila pendaftaran kursus pendek akan diadakan. Yuran antara RM500-Rm600 mengikut kursus. Tempoh kursus pulak antara 10-14 minggu. Kelas setiap Sabtu pukul 10 hingga 1 tengahari. Tapi lain kursus lain masa. Kebanyakkannya waktu lebih kurang macam tulah.
Asalnya saya mendaftar untuk Kursus Penulisan Novel Remaja. Maklumlah nak jadi ala-ala Ain Maisarah gitu..tapi apakan daya niat tidak direstui..hehe..Kursus tu tak dapat diadakan sebab tak cukup orang. Lebih kurang dalam 3 orang saja rasanya. jadi pihak ASWARA offer untuk tukar ke kursus lain. Kalau tak nak, boleh refund balik RM600 tu. Fikir punya fikir, dan dengan izin en suami yang disayangi, akhirnya saya pun menyertai Kursus Penulisan Penulisan Skrip Drama TV. Mantap kan?haha..sendiri pun rasa nak gelak bila dengar. Tapi tak apalah, ilmu bukan senang nak dapat kan?
Dan 15 sept yang lepas bermulalah hidup berhujung minggu saya di KL. Jumaat petang bertolak dari Sabak Bernam dan Ahad tengahari balik semula. Nasib baik ada mak yang tinggal kat bandar besar tu, kalau tidak fikir banyak kali juga nak masuk kursus tu. Yalah, walaupun senegari, hampir 3 jam juga baru sampai KL tu. Letih sangat...
Apa yang saya belajar sepanjang tempoh ni akan saya kongsikan sedikit demi sedikit. Andai saya tak mampu untuk tulis skrip, boleh bantu mereka yang berminat kat luar sana untuk tulis skrip pun ok juga. semoga suatu hari nanti adalah manusia yang sudi tolong saya kalau saya perlukan pertolongan..Insyaallah...

Wednesday, 3 October 2012
Asyik Sentap Saja!
Entah kenapa soalan yang satu ni selalu buat jantung saya sentap!
Walaupun tahu orang tak bermaksud nak buat
macam tu pada saya.
Nak cakap jangan tanya soalan tu lagi, apa pulak kata orang nanti?
Jadi, sudahnya senyum sajalah.
Tapi dalam hati rasa macam dicarik-carik dah.
Hai hati...sabarlah ya!
Malam tadi pun sentap lagi.
Bukan dengan soalan tu, tapi dengan kata-katanya yang meruntum jiwa.
Memang salah sendiri pun, tapi kenapa dia tak faham perkara tu
terjadi pun ada kaitan dengan dia?
Nak cakap, takut nanti bergaduh besar.
Sudahnya, pendam sendiri.
Kali ni bukan rasa dicarik-carik lagi.
Tapi rasa macam dah dicincang lumat hati ni.
Aduhai!

Monday, 1 October 2012
Bajet sana sini
Hai semua..
rasanya ramai orang masih dalam 'mood' bajet 2013.
Dekat fb pun banyak komen pasal perkara ni.
Saya? Erm...ok la. Untuk orang berpendapatan sederhana macam saya, syukur sajalah.
Lagipun bukan pandai sangat bab2 kewangan ni.
Kewangan sendiri pun asyik 'lemas' jek.hehehe..
Cuma ada satu perkara saja menarik perhatian saya pasal bajet ni.
Nak kata suka, taklah sangat. Tapi nak kata benci macam tolak rezeki.
Pasal duit untuk pelajar sekolah-sekolah. Apa dorang bagi nama ya?
Saya pun tak pasti.
Ala, yang semua budak sekolah rendah dan menengah dapat rm100 seorang tu.
Untuk saya sendiri, macam ada rasa maliu sikit nak terima.
Jangan salah faham ya, bukan nak berlagak tapi entahlah...
Masa kecik dulu saya ni anak yatim. Sekarang pun yatim lagi.
Boleh kira yatim ke kalau dah kahwin dan beranak pinak?hikhik
Macam cerita P Ramle la plak kan.
Dulu nak hidup memang susah. Yalah, adik beradik ramai, ayah meninggal bukan tinggalkan harta pun.
Bukan nak marah ya, cakap ja.
Jadi, saya dan adik beradik banyak terima bantuan kerajaan.
Bantuan baju sekolah, makanan tambahan, biasiswa, kadang-kadang dapat basikal.
Rancangan makanan tambahan pun ada. Macam-macamlah. Kalau musim raya dapat baju raya.
Kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak memahami akan cakap-cakap belakang.
'kenapalah asyik dia saja yang dapat bantuan?'
Bagi mereka yang berada dan tak layak dapat bantuan, akan melihat kami dengan api cemburu.
Bukan semua, adalah seorang dua.
Satu perkara yang mereka tak pernah tahu tentang orang miskin adalah kami TIDAK SUKA
meminta!
Tetapi apakan daya, kalau sudah susah, buatlah cara susah kan?
Takkan nak sombong diri pulak. Lagipun memang kami berhak untuk dapat
semua bantuan disebabkan keadaan kami yang miskin ni.
Sebenarnya bukan seronok sangat pun dapat bantuan ni.
Perkataan pertama ialah MALU!
Biasalah, kadang-kadang ada YB,orangkaya nak derma pada kami,
bukan nak derma diam-diam.
Kadang-kadang nak bagi baju kurung harga rm20 sepasang pun kami kena naik pentas,
ambil gambar bagai.
Ya, bagi si pemberi yang kaya raya, mungkin itu satu kebanggan.
Tetapi bagi penerima yang miskin hina macam kami,
kadang-kadang itu jadi satu penghinaan!
Ya, ramai orang kaya yang terlupa tentang ini, sebab apa lupa?
Bukan lupa pun sebenarnya, tetapi buat-buat lupa.
Sejak saya mula memahami erti malu untuk naik ke pentas untuk terima bantuan,
saya selitkan satu azam dalam diri saya.
Kemiskinan saya tidak akan saya wariskan pada anak-anak.
Setiap helaian baju, buku dan segala keperluan anak-anak akan saya usahakan tanpa bantuan.
Jadi bila kerajaan beri bantuan rm100 untuk pelajar, kenangan masa kecil kembali semula.
Saya tahu, bukan anak saya saja yang dapat.
Dan bukan tanda saya tak mampu untuk sediakan keperluaan anak-anak.
Tetapi itu memang sudah diberi kerajaan.
Saya tak perlu malu kan?
Tetapi sesuatu yang pernah mengusik hati kita pasti akan membuatkan hati
kita tergores semula apabila ianya berlaku lagi kan?
Perkara macam ni spontan boleh berlaku.
Jangan salahkan saya, sekali lagi bukan niat saya untuk menyombong pun.
Apalagi menolak rezeki.
Tetapi bagi saya lebih baik jika duit sebanyak itu diberikan pada yang betul-betul layak.
Adil bukan beerti semua orang mendapat hak yang sama,
tetapi meletakkan hak di tempat yang kena pada tempatnya.
Itu cuma pendapat saya yang kerdil.
Maaf jika ada tidak suka.
Wasalam.
Peace No War!

Subscribe to:
Posts (Atom)